Friday, November 7, 2014

Buasir & Penyelesaiannya ;))

Hi uols ;))

Hari nih iols nak bercerita mengenai Buasir & Penyelesaiannya.

Ramai yang kurang peka pada masalah buasir nih walhal hakikat nya buasir menyerang sesiapa sahaja, kanak-kanak, dewasa, tua & muda, lelaki & perempuan.

Jom kenali Buasir dengan lebih dalam ;))

Masalah ini sudah berlaku sejak dulu lagi, tetapi kini ia makin kerap diperkatakan disebabkan perubahan gaya hidup. 

Menurut Perunding Pakar Bedah Laparoskopik dan Kolorektum, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Datuk Dr Yunus Gul Alif Gul, masalah buasir yang berlaku di peringkat awal tidak menyebabkan rasa sakit.

Namun, lebihan buasir yang terkeluar dari dubur akan dapat dirasai ketika individu berkenaan membersihkan dubur.

“Biasanya individu yang ada masalah buasir akan mengalami gejala pendarahan, tetapi ada juga yang tidak berhadapan dengan sebarang masalah. 

“Sekiranya pendarahan dialami berlarutan, dapatkan rawatan awal bagi mengesan masalah sebenar untuk mengelakkan mudarat pada kemudian hari nanti,” katanya.


Apa itu buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur

Apabila vena ini membonjol keluar ia meng­ganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. 

Buasir terjadi disebab­kan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang atau ‘memberi’ dan membonjol

Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.

Kewujudan tisu buasir adalah satu komponen normal dalam anatomi badan manusia. Ia bertindak sebagai ‘kusyen’ yang kaya dengan saluran darah di dubur dan menjadi ‘pelapik termampat’ untuk membenarkan dubur tertutup de­ngan ketat.

Dr Yunus berkata, apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang keras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur terbabit akan membengkak.

Kemudian, ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesan apabila dikesat dengan tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, namun pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya disebabkan buasir, tetapi boleh menjadi petunjuk kepada pe­nyakit lain yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

Penting bagi individu berkenaan menjalani pemeriksaan di peringkat awal bagi menge­sahkan penyakit dialami dan menjalani rawatan sewajarnya.

“Tetapi biasanya pesakit lambat mendapatkan rawatan dan hanya datang berjumpa doktor selepas masalah mereka menjadi teruk,” kata­nya.

Menurutnya, antara penyebab lazim buasir ialah tidak cukup minum air dan pengambilan makanan yang kurang serat.

Selain itu, terlalu kerap mengangkat barangan berat juga menyebabkan individu berkenaan berisiko tinggi untuk mengalami buasir kerana tekanan dialami di bahagian dubur apabila melakukannya amat tinggi.

Amalan duduk terlalu lama ketika membuang air besar juga tidak digalakkan dan kebiasaannya individu berkenaan berkemungkinan me­ngalami masalah buasir tahap tiga atau empat untuk jangka masa lama tanpa sebarang rawatan khusus.

Jangan tahan atau bertang­guh-tangguh untuk buang air besar. Apabila ‘keinginan’ itu datang, segeralah menyahut ‘panggilan’ itu,” katanya.

Ada empat peringkat buasir yang perlu diberi perhatian :

  • Peringkat pertama membabitkan buasir yang mengalami pendarahan, tetapi ia tidak menonjol keluar.

  • Peringkat kedua berlaku apabila buasir menonjol keluar ketika buang air besar, tetapi masuk kembali dengan sendirinya.

  • Peringkat ketiga buasir keluar ketika atau selepas buang air besar dan hanya hilang (masuk kembali) apabila ditekan atau ditolak dari luar.

  • Peringkat keempat (kronik) apabila buasir sentiasa berada di luar hingga menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian.

“Untuk peringkat paling kronik mungkin pembedahan adalah pilihan terbaik, tetapi kini ada banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan ketika ‘menghilangkan’ buasir serta mempercepatkan penyembuhan.

“Buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang namun, gejalanya berbeza bergantung kepada peringkat ia berlaku,” katanya.


Punca

  • Sembelit dan meneran berlebihan ketika buang air.

  • Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.

  • Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.

  • Masalah ini juga berlaku disebabkan faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan yang meningkatkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

  • Namun, ia boleh dicegah dan gejalanya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun sudah mendapat rawatan, individu berkenaan perlu mengubah gaya hidup untuk mengelakkan masalah berulang.

Panduan mengelak buasir

  • Minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.

  • Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.

  • Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

  • Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.

  • Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.

  • Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.

  • Ikhtiar melalui supplemen Shaklee - Ostematrix, Zinc Complex & OmegaGuard Shaklee ;))





Nak dapatkan Set Buasir Shaklee?

Hubungi iols @ 012 696 9569 (Call.SMS.WhatsApp)

ATAU ;

ORDER SECARA TERUS dengan Shaklee Malaysia! Boleh klik link di bawah utk pesanan ;



LOVE, Lyn

No comments:

Post a Comment